Notis Rasmi Penamatan Perkhidmatan Laman Web dan Aplikasi SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026
Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan laman web dan aplikasi yang disediakan bagi SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 telah tamat secara rasmi berkuat kuasa pada 15 November 2026.
Sehubungan itu, semua platform dalam talian, aplikasi serta perkhidmatan berkaitan tidak lagi boleh diakses.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengguna, pihak berkepentingan, kontinjen yang mengambil bahagian serta rakan kerjasama atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang penganjuran SUKMA Selangor 2026.